Pelancong Timur Tengah, Sasaran Utama 'Ulat' KLIA, KLIA2

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 1:02 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penumpang penerbangan awal pagi serta pelancong Timur Tengah menjadi sasaran utama 'ulat-ulat' yang menawarkan khidmat pengangkutan secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di sini.

Modus operandi kumpulan itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Ulat yang dijalankan di kedua-dua lapangan terbang utama negara ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron berkata, berdasarkan pemantauan, ulat-ulat ini akan menunggu di balai ketibaan dan pintu keluar untuk memberi khidmat pengangkutan tetapi ia dilakukan secara tawar-menawar.

Jelasnya, mereka memperkenalkan diri sebagai pemandu teksi dan menawarkan harga lebih murah berbanding perkhidmatan teksi yang disediakan, selain menggunakan orang tengah untuk mendapatkan penumpang.

"Penumpang dari Timur Tengah tidak berkira mengenai jumlah yang perlu dibayar. Jadi, mereka (ulat-ulat) mengambil kesempatan terhadap penumpang ini, termasuk penumpang yang tiba dengan penerbangan awal pagi," katanya kepada pemberita di balai ketibaan KLIA di sini, Rabu.

Turut hadir Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib dan Ketua Cawangan Seksyen Penguatkuasa JPJ KLIA, S.Sarawanan.

Nadzri berkata, berdasarkan pemeriksaan, kebanyakan mangsa terpedaya kerana jumlah caj yang dikenakan ulat-ulat ini sebenarnya adalah jauh lebih tinggi.

"Sebenarnya apabila penumpang sampai ke destinasi, tambang yang dikenakan lebih tinggi. Pelancong asing tidak memahami jumlah tambang sebenar, jadi mereka bayar. Ada juga kes penumpang yang diperas ugut.

"Kadang-kadang harganya sama dengan teksi limosin, mungkin dia kata RM100, tetapi bila sampai ke destinasi, caj yang dikenakan AS$100 atau A$100," katanya.

Menerusi Ops Ulat di KLIA/KLIA2, jumlah tangkapan dari Januari sehingga kini adalah 85 kes.

Daripada jumlah itu, mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, kenderaan persendirian mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 38 kes.

Ia diikuti teksi (21 kes), Uber/Grab Car (12), kenderaan syarikat (5), bas persiaran (5) dan kereta sewa pandu (4).

Nadzri berkata, mereka yang didapati bersalah di bawah seksyen berkenaan akan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Katanya, menggunakan kenderaan ulat akan berdepan dengan risiko menjadi mangsa rogol, rompak dan samun, penipuan, penculikan dan peras ugut selain mencemarkan imej negara.

"Oleh itu, kita menasihatkan orang awam supaya mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi melalui kaunter di balai ketibaan dan jangan terpedaya tawaran daripada ulat.

"Selain itu, pengumuman di dalam kapal terbang perlu dibuat sebelum mendarat agar penumpang tidak menggunakan perkhidmatan awam yang tidak sah," ujar Nadzri. 



Tags / Kata Kunci: KLIA , JPJ , Ops Ulat , Timur Tengah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan