Murid Tahfiz Dibayar RM3, Rahsia Perbuatan Terkutuk Senior

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 10:46 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang murid tahun dua didakwa diberi RM3 oleh pelajar senior berusia 13 tahun di sebuah sekolah tahfiz di sini untuk merahsiakan perbuatan seksual yang dilakukannya sebanyak dua kali.

Perbuatan tidak senonoh itu dikatakan dilakukan pada 10 dan 11 Oktober lalu di sebuah bilik stor sekolah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Asisten Komisioner Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, pelajar berusia 13 tahun itu tidak meliwat budak lelaki tersebut tetapi memaksanya untuk melakukan kelucahan melampau.

Katanya, mangsa telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia diliwat.

Namun, Mohamad Fakri berkata suspek mengakui memaksa mangsa melakukan kelucahan melampau di bilik stor sekolah itu sebanyak dua kali.

"Suspek ditahan pada Isnin dan polis mendapatkan perintah reman dari mahkamah majistret Bachok.

"Dia kemudiannya direman selama empat hari bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana menghasut kanak-kanak untuk melakukan perbuatan kelucahan melampau.




Tags / Kata Kunci: murid tahfiz , RM3

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan