Insiden Di Johor Tiada Kaitan Unsur Keganasan - KPN

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 11:37 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan  kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dan letupan di stesen minyak di Taman Mount Austin di Johor Bahru, Johor pada Selasa tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi tentang insiden itu.

"Setakat ini tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan unsur keganasan. Jadi orang ramai jangan menyebarkan maklumat palsu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan 100 unit Kerusi Roda kepada PDRM oleh Kelab Rotary Petaling Jaya di sini, malam Selasa.

Dalam kejadian sejurus sebelum 9 pagi tadi, seramai enam pesakit maut apabila Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah terbakar.

Enam jam kemudian, seorang lelaki maut dipercayai akibat letupan daripada kebakaran tangki gas asli untuk kenderaan (NGV) di sebuah stesen minyak di Taman Mount Austin di Johor Bahru.

Khalid berkata pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar kedua-dua kejadian itu.

"Siasatan yang dilakukan adalah menyeluruh...jika ada elemen sabotaj, kita akan mengenal pasti perkara itu," katanya.

Dalam majlis itu, sebanyak 100 unit kerusi roda di sumbangkan Kelab Rotary Petaling Jaya kepada PDRM sebagai tanda mengenang jasa warga polis yang banyak berbakti kepada masyarakat.

"Sumbangan ini membuktikan Kelab Ratory prihatin dengan pengorbanan warga PDRM. Kerusi Roda Ini akan diagihkan kepada kontijen PDRM di seluruh negara mengikut keperluan," kata Khalid.

Beliau turut dikurniakan anugerah Paul Harris iaitu anugerah tertinggi kepada individu oleh Kelab Rotary Peringkat Antarabangsa.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan