Operasi SAR Peluncur Layar Jatuh Laut Ditangguhkan - Pengarah Bomba

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 11:06 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang  peluncur layar atau paraglider yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di Pantai Batu 1, Port Dickson tiga hari lepas, ditangguhkan buat sementara waktu.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata penangguhan itu ekoran tiada penemuan baharu di lokasi di mana mangsa dikatakan terjatuh sepanjang operasi SAR dijalankan, melibatkan pencarian sejauh tiga batu nautika meskipun menggunakan pelbagai kaedah termasuk jaring. 

"Lagipun setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenai kehilangan ahli keluarga oleh mana-mana pihak. Pun begitu, kami dalam mood standby di dua balai iaitu Teluk Kemang dan Port Dickson jika menerima apa-apa maklumat selepas ini.

"Seramai 30 anggota dan pegawai ditempatkan di dua balai berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Operasi SAR sepanjang tiga hari itu turut melibatkan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Kelab Radio Amatur.

Mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika mengendalikan peluncur layar pada kira-kira 11 pagi pada Sabtu lepas oleh orang ramai yang kemudiannya menghubungi bomba.

Dalam pada itu, Norazam menafikan bahawa panggilan yang dibuat oleh orang ramai ketika hari kejadian adalah palsu.

"Tidak palsu...kejadian itu memang ada dan ada saksi yang nampak...ketika kejadian mangsa dikatakan jatuh di pulau Bagan Pinang yang boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja. 

"Kami syak mangsa mungkin selamat dan telah pun naik ke darat...pun begitu kami akan standby dan terus ke lokasi kejadian sekiranya mendapat maklumat baharu," katanya.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: paraglider , Bagan Pinang , SAR

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan