Pemilik Kedai Emas Rugi RM60,000 Kedai Dirompak - Berita Jenayah | mStar

Pemilik Kedai Emas Rugi RM60,000 Kedai Dirompak

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

BATU GAJAH: Sebuah kedai emas di Jalan Pejabat Pos di sini kerugian kira-kira RM60,000 selepas dirompak empat lelaki yang bersenjatakan penukul.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Mohd Nasri Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi, pemilik kedai bersama seorang pembantu perempuan warga Indonesia berada di bahagian belakang premis.

"Dua lelaki yang bertopi keledar berpenutup muka penuh memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan penukul dan melarikan tiga daripada 26 dulang barang emas dalam tempoh kurang dua minit.

"Kesemua suspek kemudian melarikan diri menaiki dua motosikal ke arah Ipoh," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian Selasa.

Mohd Nasri berkata pemilik kedai sempat menyelamatkan beberapa dulang barang kemas kecuali yang berada dengan suspek kerana mereka mempunyai senjata api.

Katanya kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian tidak berfungsi dan rakaman kejadian hanyalah dari kedai berhampiran.

Mohd Nasri berkata siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Pemilik kedai Ahmed Jalal Deen Mohamed Ismail, 59, berkata kejadian samun itu pertama kali berlaku sejak beliau mengusahakan perniagaan barang kemas di kawasan itu 24 tahun lepas.

Beliau juga percaya suspek telah membuat perancangan awal sebelum melakukan rompakan itu.

"Dua lelaki itu memakai helmet penuh (muka) dan sarung tangan sambil masing-masing membawa penukul, meluru masuk ke dalam kedai manakala dua lagi menunggu di luar.

"Ketika mereka melarikan barang kemas, saya menjerit dan hanya mampu menarik beberapa dulang barang kemas," katanya.
Tags / Kata Kunci: rompakan , kedai emas , Mohd Nasri Omar
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan