Identiti Mangsa Kebakaran HSA Dikenal Pasti

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Enam pesakit maut, masing-masing empat wanita dan dua lelaki dalam kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baru.

Ketua Polis Daerah Johor Baru (Selatan), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan nama mangsa dalam kejadian pagi Selasa itu.

Semua yang terkorban berusia dalam lingkungan 50-an.

Empat wanita yang dikenal pasti identitinya adalah Cho Lin Feng, Poh Ah Wah, Kaliama dan Meramaladeri.

Selain itu, dua pesakit lelaki yang maut pula adalah Logaswaran dan Yusof Hasan.

Sulaiman juga mengesahkan seorang pesakit yang menerima rawatan di ICU, Suppamah dapat diselamatkan, manakala kakitangan hospital itu, Nurul Ain mengalami kecederaan serius.

Kejadian pada pukul 9 pagi itu menyebabkan ratusan pesakit dan kakitangan HSA terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Ketika kejadian ada 193 kakitangan dan 294 pesakit di HSA.

Tags / Kata Kunci: HSA , ICU , Sulaiman Salleh

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan