Dua Beradik Ditahan Ragut Seorang Wanita

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 6:15 PM

Paparan skrin kejadian ragut di Klang yang tersebar di media sosial.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua beradik ditahan di Kampung Rantau Panjang, Klang awal pagi Selasa kerana dipercayai meragut seorang wanita di Kapar, Klang minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata suspek yang berumur 28 tahun ditahan di rumahnya sementara abangnya yang berusia 32 tahun ditahan di sekitar kampung berkenaan, antara pukul 2 dan 4 pagi.

"Di rumah suspek, pihak polis menjumpai motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan semasa meragut. Turut dijumpai ialah beberapa barangan peribadi milik mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusoff berkata dalam kejadian pada 20 Oktober lepas itu, wanita berumur 56 tahun itu cedera di muka dan badan akibat diragut ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Klinik Kesihatan Kapar.

Beliau berkata melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, suspek yang menaiki motosikal datang dari arah belakang dan cuba meragut beg tangan mangsa menyebabkan wanita itu jatuh tertiarap.

"Oleh kerana suspek gagal meragut beg tangan mangsa, suspek berpatah balik lalu melanggar wanita itu dan berjaya mengambil beg tangan mangsa dan seterusnya beredar dari lokasi kejadian," katanya.

Rakaman berhubung kejadian itu turut tersebar di laman sosial.

Mohd Yusoff berkata adik beradik berkenaan kini direman.
Tags / Kata Kunci: kes ragut , Mohd Yusoff Mamat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan