Tiga Nelayan Indonesia Ditemukan Selamat

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 4:51 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Tiga nelayan lelaki warga Indonesia ditemui selamat selepas seminggu menempuh suasana getir apabila bot mereka rosak dan memasuki perairan Terengganu.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mamu Said Alee berkata tiga nelayan berkenaan, Yuhana Aris, 47, Radifa Fabrian, 17 dan Jairianto, 53 ditemui kira-kira 6.26 petang Sabtu lepas oleh nelayan tempatan.

"Mengikut laporan awal, bot nelayan Indonesia tersebut dipercayai mengalami kerosakan enjin ketika menangkap ikan dari Pulau Natuna Indonesia ke Pulau Jemaja dan terkandas di laut lebih kurang seminggu sebelum dijumpai nelayan tempatan.

"Sejurus menerima panggilan bot Maritim Pengawal 48 ditugaskan membuat pertemuan dengan bot nelayan tersebut dan menyelamatkan kesemua mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Susulan kejadian tersebut Maritim telah memaklumkan penemuan itu kepada Kedutaan Indonesia dan bersedia bekerjasama mengenal pasti mangsa manakala bot terbabit ditunda ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pangkalan Maritim Kemaman. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Nelayan Indonesia , Selamat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan