Seorang Maut Bas Bertembung Kereta Di Slim River

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah kereta di KM 384 Lebuh Raya Utara Selatan, sebelum Hentian Sebelah Behrang, kira-kira 100 kilometer dari sini awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Shamsul Anuar Naziri, 40, maut di tempat kejadian manakala rakannya Mohd Adib Sayuti, 35, tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas, Mohd Nazri Azmi, 31, dan pembantunya Annuar Khuzaimi Bahari, 45, serta lapan penumpang, dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang, tidak mengalami kecederaan. 

Beliau berkata kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama rakannya, terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

"Akibat pelanggaran, sebuah bas dari arah yang sama melanggar bahagian pemandu kereta dan menyeret kereta itu sejauh 60 meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Jamil berkata sebuah kereta Honda City dari arah sama cuba mengelak serpihan kemalangan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.

"Dua kereta lagi termasuk sebuah pacuan empat roda turut mengalami kerosakan selepas terlanggar serpihan kemalangan itu ,"katanya.

Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kemalangan , Slim River

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan