Penagih Beralih Kepada Daun Ketum Campuran - Polis

Diterbitkan: Ahad, 23 Oktober 2016 9:45 PM

Daun ketum yang telah diproses.

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Penagih tanpa bekalan dadah kini dipercayai mengambil air ketum campuran bagi melepaskan ketagihan mereka, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri DSP Azizan Said.

Beliau berkata kecekapan polis dan pihak berkuasa membanteras jenayah dadah menyebabkan pembekal dan penagih semakin sukar mendapatkan bahan itu.

"Bila bekalan berkurangan, penagih dadah beralih kepada air ketum...senario ini membimbangkan masyarakat di sini," katanya pada sidang media semasa Operasi (Ops) Tapis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini, Ahad.

Memandangkan ketum memberi kesan sama seperti dadah, beliau berkata kesalahan menyalah guna bahan itu haruslah dihukum mengikut undang-undang dadah.

Beliau berkata bagaimanapun, kajian santifik tentang kesan pengambilan airketum belum dibuktikan dan penyalahgunaan ketum masih tertakluk mengikut Akta Racun 1952.

Azizan berkata sebanyak 18,696 kilogram (kg) ketum dirampas tahun ini yang meningkat sebanyak 5,545 kg atau 42 peratus berbanding 13,151 kg tahun lepas.

"Rampasan cecair ketum juga meningkat kepada 2,610 liter tahun ini yang bertambah 72 peratus berbanding 1,517 liter tahun lepas," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Daun ketum campuran

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan