Lima Warga Nigeria Ditahan Berhubung Kes Bunuh - Berita Jenayah | mStar

Lima Warga Nigeria Ditahan Berhubung Kes Bunuh

Diterbitkan: Sabtu, 22 Oktober 2016 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Lima lelaki warga Nigeria yang juga memegang visa pelajar telah ditahan berkaitan pembunuhan seorang lelaki warga Afrika di Taman Cendana, Sungai Chua di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata seorang penduduk kawasan perumahan itu memaklumkan pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut yang berlaku di lorong belakang Jalan Cendana 3, kira-kira pukul 8.30 malam Jumaat.

"Kami percaya mangsa meninggal dunia selepas diserang dengan parang.

"Seorang saksi memberitahu kita bahawa tiga lelaki telah mengejar mangsa dan menetaknya dengan beberapa bilah parang.

"Kami menjumpai dua senjata di longkang dan satu lagi kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa ditemui.

"Kereta jenis Hyundai Elantra, dipercayai kereta mangsa, diletakkan kira-kira 100 meter," katanya.

Othman berkata, mayat yang tidak mempunyai pengenalan diri itu dipercayai warga Afrika.

Lima suspek berumur 20 hingga 28 tahun ditahan antara jam 11 malam Jumaat dan 12.30 pagi Sabtu.

Othman berkata, suspek mempunyai permit pelajar yang sah.
Tags / Kata Kunci: kes bunuh , warga Nigeria , ACP Othman Nanyan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan