Saya Rasa Tidak Sedap Hati Setiap Kali Lawat Cucu - Datuk

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

MERSING: "Saya rasa tidak sedap hati kerana setiap kali saya menziarahi keluarga anak, tangan cucu saya itu terdapat kesan luka yang tidak sembuh-sembuh," kata datuk kepada kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang ditemukan mati di rumahnya Rabu lepas.

Abd Rahman Sandaran Abdullah, 47, berkata pada masa itu dia ingatkan cucunya terjatuh sendiri.

Katanya setiap kali dia berkunjung ke rumah anak perempuannya di Endau, dia perasan seperti ada yang tidak kena pada cucunya itu.

"Saya sering menasihatkan ibu dan bapa tirinya supaya tidak melakukan perkara di luar jangkaan disebabkan cucu saya itu kurang upaya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pengebumian jenazah kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Triang Besar, dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam Khamis.

Dia yang terkejut dengan kematian cucunya itu Mohamad Roshamnudin Abdullah, 11, berkata sebelum ini cucunya itu tinggal bersama-sama bapa kandung dan adiknya di Kedah sebelum ibunya mengambil keputusan untuk menjaga anaknya itu.

Abd Rahman berkata kali terakhir dia bertemu cucunya adalah pada Aidiladha baru-baru ini sewaktu dia berkunjung ke rumah anak perempuannya.

Dia yang jelas kelihatan amat sedih dengan kematian cucunya itu, berkata  dia sekeluarga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kematian itu.

Pada petang Rabu, mangsa didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibunya.

Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau selepas dibawa ke klinik tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat semalam berkata susulan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan penderaan yang serius terhadap anggota badan kanak-kanak itu, polis menahan ibu, bapa tiri dan abang bapa tiri mangsa Khamis untuk siasatan.

Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: OKU , kematian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan