30 Cedera Melecur Terkena Letupan Belon Berisi Gas

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak dan dewasa cedera selepas belon berisi gas dipercayai meletup pada pukul 11.30 pagi di Dataran Batu Burok di sini.

Letupan belon gas tersebut dikatakan berlaku akibat tindakan seorang petugas program 'Walk For The Blind' yang cuba membuka ikatan belon yang terbelit dengan menggunakan pemetik api.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abd Rafar berkata kebanyakan mangsa cedera di muka, tangan serta kepala.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Menurutnya polis telah menerima laporan kejadian dan masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian.

"Kejadian tersebut berlaku sewaktu program sempena Hari Penglihatan Sedunia yang dianjurkan Jabatan Kesihatan Terengganu...kita masih menyiasat punca kejadian," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Letupan , Belon , Gas

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan