Dua Suspek Dera Kanak-Kanak OKU Direman Seminggu Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 1:11 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat mengeluarkan perintah reman selama seminggu terhadap dua suspek yang disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki kurang upaya (OKU) di Bukit Tekedai dekat Endau, Mersing, Rabu.

Perintah reman itu yang bermula hari ini hingga 27 Oktober, dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Ia bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dilakukan ke atas ibu kandung dan abang kepada bapa tiri kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

Pada Khamis, seorang lagi suspek iaitu bapa tiri kepada kanak-kanak tersebut, turut direman di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

Perintah reman terhadapnya juga berkuat kuasa selama seminggu sehingga 26 Oktober.

Ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar Endau, Mersing pada 4 petang semalam, selepas laporan bedah siasat kanak-kanak itu mendapati ada unsur penderaan.

Pada 19 Oktober, Mohamad Roshamnudin Abdullah didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibu mangsa.

Kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau selepas dibawa ke klinik tersebut.

Namun, siasatan awal di Klinik Kesihatan Endau mendapati badan mangsa mempunyai kesan melepuh seperti terkena benda panas dipercayai api rokok.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan