Wanita Maut Tersepit Antara Dua Lori

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 10:31 PM

Anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Sepang berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seorang penunggang motosikal wanita maut apabila tersepit antara dua lori membawa muatan batu yang terlibat dalam kemalangan berhampiran kilang Hartalega di Kawasan Perindustrian Tanjung di sini Khamis.

Nor Shahira Shahrom, 21, dari Kampung Baru Lanjut, Sepang ditemui tertindih antara lori-lori berkenaan dalam kemalangan kira-kira 2.05 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA Yahya Mohd Sham berkata anggota penyelamat terpaksa merangkak di bawah perut lori dan memotong bahagian kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.

Yahya berkata difahamkan wanita itu yang juga pekerja restoran di KLIA sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kemalangan berlaku dipercayai apabila sebuah daripada lori terbabit melanggar belakang lori yang berada di hadapannya.

Beliau berkata seorang daripada pemandu lori itu cedera dan dirawat di Hospital Putrajaya, manakala seorang lagi pemandu lori tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: wanita maut , tersepit , kemalangan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan