Ops Water: 19 Jurutera Ditahan, RM2.4 Juta Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2016 10:17 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyalahgunaan dana awam membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diperluaskan dengan penahanan 19 jurutera bahagian/daerah dalam satu operasi pada Rabu.

Sebanyak RM2.4 juta dirampas daripada mereka yang ditahan di 27 lokasi sekitar negeri.

Pegawai penyiasat turut merampas dokumen perolehan jabatan itu dan ia kini sedang diteliti.

Berdasarkan penemuan setakat ini, jurutera daerah/bahagian itu dipercayai mengumpul antara 27 dan 30 peratus daripada jumlah kontrak yang dianugerahkan kepada kontraktor untuk projek tertentu.

Pegawai penyiasat akan merekodkan keterangan mereka yang ditahan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, yang merupakan sebahagian daripada Ops Water fasa kedua.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan