Polis Perak Tembak Mati Penjenayah Paling Dikehendaki

Diterbitkan: Rabu, 19 Oktober 2016 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis Perak menembak mati seorang lelaki yang juga penjenayah paling dikehendaki dalam satu insiden tembak menembak di Tambun di sini, awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis negeri Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kejadian 12.01 pagi itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) yang melakukan rondaan terserempak sebuah kenderaan Toyota Vios di Jalan Besar Tanjung Rambutan dalam keadaan mencurigakan.

"Pihak polis telah cuba menahan kereta tersebut tetapi pemandunya terus memecut ke arah Kondominium The Heaven sebelum terbabas di bahu kiri jalan.

"Apabila polis cuba menghampiri kereta itu, suspek tiba-tiba keluar dari kenderaan dan melepaskan satu das tembakan yang mengenai baju kalis peluru seorang anggota polis," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perak di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Hasnan berkata suspek kemudiannya sekali lagi melepaskan tembakan ke arah pasukan polis dan keadaan itu memaksa polis melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

Hasnan berkata, hasil siasatan mendapati suspek lelaki yang berumur 35 tahun berasal dari Ipoh itu mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan dadah, curi kenderaan dan pecah rumah.

"Suspek juga pernah dikenakan perintah sekatan di Johor sekitar dua tahun lalu serta pernah ditangkap berikutan kes ugutan menggunakan senjata pada Februari 2016," katanya. 

Hasnan berkata dengan tertembaknya suspek itu, polis percaya dapat menumpaskan penjenayah paling dikehendaki dan juga 'lone ranger' yang aktif melakukan jenayah bersenjata api di daerah ini.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Hasnan Hassan , Tambun

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan