APM Siasat Kes Campak Ular

Diterbitkan: Selasa, 18 Oktober 2016 5:51 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menyiasat tindakan empat jurulatihnya yang mencampak ular ke dalam kolam yang  murid sekolah sedang menjalankan ujian bina diri.

Kolonel Pertahanan Awam Perak, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman memberitahu Bernama pihaknya juga akan memanggil pembantu jurulatih untuk disoal siasat.

Beliau diminta mengulas mengenai rakaman video yang menjadi viral dan menerima kritikan netizen yang memperlihatkan beberapa murid menangis dan menjerit-jerit setelah dicampak ular semasa mereka menjalankan modul tersebut.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota APM menyiram air dan menyergah murid untuk menguji keberanian mereka.

Seramai 45 murid dari sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menyertai modul latihan berkenaan di perkarangan pejabat APM Kuala Kangsar.

Mohd Noor berkata pembelajaran modul itu yang dijalankan sejak hampir empat tahun lepas telah digantung serta merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai.

"Penggantungan dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP)," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan ular walaupun tidak berbisa, pertama kali dilakukan. 

"Ia tidak boleh dipandang remeh. Hasil siasatan setakat ini mendapati jurulatih tersebut terpengaruh dengan modul latihan yang terdapat dalam YouTube.

"Biarpun semasa insiden itu, guru pengiring berada di tepi kolam dan mengakui pelajar mereka ceria selepas melalui modul itu, namun ia bukan dasar APM dan ia tidak dibenarkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan