Pelancong China Lemas Di Pulau Mataking

Diterbitkan: Isnin, 17 Oktober 2016 9:19 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Seorang pelancong lelaki warga China lemas ketika menyertai aktiviti snorkeling di kawasan Reef Dive Resort di Pulau Mataking, dekat sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Xiong Qin Yu, 30-an, cuba diselamatkan pengawal pantai bertugas dengan menarik mangsa ke tepi pantai sebelum memberi bantuan pernafasan (CPR).

"Semasa pengawal bertugas memberikan pertolongan CPR, lebih ramai lagi petugas resort tiba dan cuba membantu menyedarkan mangsa, namun gagal dan darah keluar dari hidung mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Menurut Peter, ketika kejadian mangsa dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.

"Mangsa yang dihantar segera ke Hospital Semporna untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia di hospital," katanya lagi. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: pelancong China , lemas , Pulau Mataking

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan