Tiga Suspek Serang Wartawan Dicekup

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam insiden serangan ke atas wartawan ketika membuat liputan konvoi Bersih 5.0 di Kuala Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superitenden Ruslan Abdullah berkata, tangkapan dibuat selepas menerima aduan daripada seorang wartawan wanita yang mendakwa diserang dan dikasari oleh sekumpulan lelaki.

"Pihak polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah iaitu bagi mencegah dari melakukan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Tambah Ruslan, pihaknya sedang mengenal pasti dan akan mengambil tindakan ke atas suspek lain yang turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Dalam kejadiaan di luar sebuah pasaraya di Kuala Selangor, wartawan The Star adalah antara yang dikasari kumpulan anti-Bersih.

Menerusi rakaman video yang disiarkan The Star Online, beberapa lelaki dipercayai penyokong kumpulan anti-Bersih yang memakai kemeja-t merah bertindak ganas dengan meminta supaya wartawan yang merekodkan suasana di tempat kejadian memadam rakamannya.

Kehadiran anggota polis dilokasi kejadian berjaya meredakan keadaan.

Tags / Kata Kunci: Anti-Bersih , Bersih 5.0

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan