Orang Awam Bantu Tangkap Penyamun

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 9:48 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah kedai perabot di Jalan Besar, Jelapang  di sini petang Jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Mohd Nor Rasid berkata suspek yang berumur 33 tahun dan berasal dari Alor Setar, Kedah itu mempunyai 13 rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah.

Katanya polis menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 2.30 petang yang turut membantu menangkap suspek.

"Semasa kejadian, suspek bersama dua lagi rakan yang menaiki dua motosikal jenis Honda EX5 dan Yamaha LC dengan bersenjatakan parang masuk ke kedai perabot itu untuk menyamun.  

"Seorang daripada suspek telah menetak seorang pekerja berumur 50 tahun yang merupakan warga Bangladesh dan sempat melarikan sejumlah wang tunai," katanya dalam kenyataan Jumaat malam.

Beliau berkata orang awam yang melihat kejadian itu bertindak menendang motosikal seorang suspek sehingga terjatuh dan menyerahkannya kepada polis, manakala yang lain melarikan diri. 

Mohd Nor berkata mangsa yang mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul menggunakan belakang parang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan dilapor berada dalam keadaan stabil.  

Katanya polis berjaya merampas motosikal jenis Honda EX5 yang menggunakan nombor plat palsu serta wang tunai berjumlah RM655 hasil samun, manakala suspek akan direman pada Sabtu. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Orang Awam , penyamun

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan