Ops Water: Penasihat Kementerian Kewangan Sabah Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 3:42 PM

Dua buah kereta mewah yang dirampas SPRM.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Penasihat Kementerian Kewangan Sabah menjadi suspek kelima yang ditahan berhubung kes penyalahgunaan dana projek infrastruktur mencecah RM3.3 bilion.

Sumber memberitahu, Ops Water menahan suspek berusia 62 tahun yang juga bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah (JANS) pada Khamis.

"Suspek yang bersara tahun lalu telah dilantik sebagai penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah sehingga kini dan ditahan di pejabatnya semalam (Khamis).

"Siasatan awal mendapati suspek juga telah menerima sejumlah wang daripada kontraktor-kontraktor ketika memegang jawatan timbalan pengarah JANS," katanya pada Jumaat.

Sumber itu menambah, susulan itu SPRM telah merampas dua  kereta mewah milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser.

"Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini," katanya.

Menurut sumber itu lagi, suspek telah memegang jawatan timbalan pengarah JANS hampir 11 tahun sebelum bersara awal tahun lalu.

Kata sumber itu lagi, suspek telah direman selama enam hari bermula Jumaat selepas mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Sabah.

"SPRM sudah merakap percakapan kira-kira 78 saksi dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan maklumat berkenaan.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung siasatan kes ini diminta tampil membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM," katanya.

Sebelum ini, empat suspek telah ditahan reman selepas sejumlah wang tunai bernilai RM3.3 juta ditemui di salah sebuah pejabat pegawai tersebut manakala lebih banyak wang tunai, barang kemas, geran tanah, kenderaan mewah dan beg tangan bernilai lebih RM150 juta dirampas dari pengarah dan timbalan pengarah JANS.

Kedua-dua pegawai kanan awam itu disyaki memberikan kontrak kepada beberapa syarikat yang dimiliki adik-beradik mereka, menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat projek air di Sabah bernilai RM3.3 bilion dari kerajaan Persekutuan.

Dua lagi suspek adalah abang kepada timbalan pengarah jabatan itu dan akauntan.

Tags / Kata Kunci: Ops Water , SPRM , Sabah , Penasihat Kewangan Sabah , JANS

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan