Nelayan Ditembak Di Perairan Pulau Tigabu, Kudat

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 8:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang nelayan cedera di pinggang, tangan dan muka selepas terkena tembakan ketika menangkap ikan di perairan Pulau Tigabu, Kudat dekat sini Selasa lepas.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa, Ladino Larahima, 51, dan seorang lagi nelayan yang sedang menangkap ikan di perairan berkenaan telah didatangi sebuah bot pam dinaiki empat lelaki bersenjata kira-kira pukul 11 malam.

"Ketika ditembak bot dinaiki mangsa sedang bergerak perlahan kerana sedang menarik pukat tunda. 

"Menyedari mangsa terkena tembakan, rakannya bertindak mengambil parang dan memotong tali pukat tunda berkenaan, sebelum memandu bot berkenaan menuju ke arah Pulau Tigabu dan seterusnya kembali ke Sandakan," kata sumber berkenaan.

Ladino kini dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan. 

Sumber itu berkata, kesemua suspek memakai baju biasa, tidak bertopeng dan seorang daripadanya mampunyai senjata laras panjang. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi mengesahkan menarima laporan mengenai kejadian berkenaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Nelayan Ditembak

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan