Ah Long Simbah Cat, Ugut Pengawal

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 11:28 AM

Rakaman CCTV menunjukkan empat suspek melarikan diri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat lelaki dipercayai ah long bersenjatakan parang dan tukul berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) ketika cuba melarikan diri dari kawasan perumahan di Kota Damansara pada Rabu.

Sekumpulan lelaki itu dipercayai bertanggungjawab melempar cat merah di sebuah rumah beberapa minit sebelum rakaman tersebut.

Rakaman CCTV itu menjadi viral selepas persatuan penduduk Kota Damansara memuatnaik video tersebut di laman Facebook.

Rakaman itu menunjukkan empat lelaki di pondok pengawal cuba meninggalkan kawasan tersebut.

Mereka dilihat mengugut pengawal untuk membuka palang sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta Toyota Estima.

Sekumpulan lelaki itu turut mengugut beberapa pemandu dengan memaksa mereka mengundurkan kereta bagi sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata insiden itu berlaku kira-kira pukul 2.50 petang Rabu apabila seorang wanita berusia 66 tahun dikejutkan dengan bunyi bising di luar kediamannya di Jalan Sepah Puteri 5/1, Seri Utama.

Dia ternampak empat lelaki melempar botol kaca berisi cat merah di pagar dan dinding rumahnya.

Sekumpulan lelaki itu melarikan diri menggunakan Toyota Estima.

Mohd Zani berkata siasatan mendapati wanita itu tidak membuat sebarang pinjaman daripada ah long tetapi insiden tersebut ada kaitan dengan bekas suaminya.

Mereka bercerai pada 1987.

Katanya, wanita itu percaya bekas suaminya membuat pinjaman wang dengan ah long menggunakan alamat kediamannya.



Tags / Kata Kunci: ah long , Kota Damansara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan