Tiga Maut, Enam Cedera Dalam Nahas Di Telupid - Berita Jenayah | mStar

Tiga Maut, Enam Cedera Dalam Nahas Di Telupid

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 10:44 AM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Tiga orang maut, manakala enam lagi cedera  dalam nahas membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah ambulans di Jalan Telupid berhampiran simpang Ladang Reka Halus pada Rabu malam.

Kejadian dilapor berlaku kira-kira 9.25 malam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Sivanathan Velautham berkata seorang mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Idham Ghani Diding, 18, yang merupakan pemandu daripada sebuah kenderaan terlibat serta dua orang penumpangnya.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka tersepit di dalam kereta.

Ambulans berkenaan adalah milik Estet Wilmar, katanya.

Yang cedera merupakan pemandu dan penumpang dua lagi kenderaan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Ladang Reka Halus , Telupid
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan