Datuk, Bapa Saudara Ditahan Bantu Siasatan Kes Rogol

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Datuk dan bapa saudara seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Batu Berendam di sini, ditahan bagi membantu siasatan kes cabul dan rogol pelajar itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata dua lelaki itu yang berusia 64 dan 32 tahun ditahan selepas ibu pelajar itu membuat laporan polis di Balai Batu Berendam di sini pada Ahad dan Isnin lepas.

Beliau berkata datuk dan bapa saudara mangsa masing-masing ditahan pada 7.30 malam dan 11.30 malam di rumah lelaki berusia 64 tahun itu di Taman Melaka Baru di Batu Berendam di sini pada Selasa lepas.

"Mangsa yang berusia 13 tahun tinggal bersama datuk dan neneknya sejak kecil kerana ibu dan bapanya bekerja di Singapura. Anak tunggal itu mendakwa dicabul datuknya beberapa kali sejak Ogos lepas dengan menunjukkan video lucah kepada mangsa.

"Mangsa juga mendakwa dirogol pakciknya yang tinggal di rumah sama berulang kali sejak Mei lepas. Mangsa mengadu perbuatan berkenaan kepada neneknya sebelum diadukan kepada ibunya," kata Ramli kepada pemberita di sini, Khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencabul dan Seksyen 376 KK kerana merogol.

Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata pelajar itu kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sementara sisatan dilakukan.

Tags / Kata Kunci: Rogol , Cabul

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan