25 Kilang Ais Kena Tindakan - KP Kesihatan

Diterbitkan: Khamis, 13 Oktober 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah melakukan 225 pemeriksaan terhadap kilang ais bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, dan sebanyak 25 kilang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tahun 2015, sebanyak 304 pemeriksaan terhadap kilang ais telah dijalankan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 17 kilang ais telah diambil tindakan penguatkuasaan. 

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kilang ais yang beroperasi di negara ini bagi memastikan pengilang ais mematuhi peraturan ditetapkan.

Antara perkara penting yang diperiksa dan perlu dipatuhi oleh pengusaha kilang ais adalah memastikan tiada haiwan di premis, peralatan yang bersih, sumber air yang bersih, amalan pengendalian ais yang bersih dan pengendali makanan mendapatkan suntikan anti-tifoid," katanya dalam kenyataan, Khamis. 

Beliau mengulas dakwaan bahawa ais yang dijual di pasaran adalah kotor dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti dilaporkan dalam beberapa akhbar tempatan baru-baru ini. 

Dr Noor Hisham berkata kesemua kilang ais di negara ini perlu dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan seperti termaktub di bawah Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

"Sekiranya kilang ais tersebut beroperasi tanpa lesen daripada kementerian, pemilik tersebut boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun," katanya.

Katanya sehingga kini, terdapat 118 kilang ais berlesen dengan Kementerian Kesihatan di seluruh negara manakala 21 kilang ais lagi masih dalam proses kelulusan lesen.

Beliau turut meminta pihak media dan pihak lain yang mempunyai maklumat mengenai kilang ais yang beroperasi dalam keadaan kotor supaya membuat laporan berserta maklumat lebih terperinci termasuk lokasi dan nama kilang berkenaan kepada kementerian itu. 

Mereka boleh melaporkan melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. 

"Ini dapat membantu siasatan dijalankan serta memastikan kilang tersebut mengikut piawaian yang ditetapkan dan dapat menjamin keselamatan pengguna, katanya. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: kilang ais , Dr Noor Hisham Abdullah

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan