Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Polis Kelantan menubuhkan sebuah pasukan khas bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan dalam menjejaki kumpulan tonto yang terbabit dalam kes kematian pegawai kastam di Banggol Chica, Pasir Mas, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata polis percaya terdapat antara tiga dan lima suspek terbabit dalam kejadian itu dan kesemua mereka dipercayai penduduk tempatan.

"Kesemua mereka ini (tiga hingga lima suspek) tidak termasuk seorang lelaki berusia 30-an yang sudah dikenal pasti dan dipercayai sedang bersembunyi di negara jiran," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Beliau mengulas insiden pegawai wanita JKDM Kelantan yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas koma apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh kenderaan tonto sehari sebelumnya (Jumaat) di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas.

Kenderaan yang dinaiki mangsa, Anisah Ali, 54, bersama dua rakan setugas dilaporkan dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki tonto ketika mengekori sebuah kenderaan yang disyaki membawa rokok seludup.

Ab Rahman berkata pihaknya juga akan berhubung dengan pihak berkuasa Thailand bagi menjejaki anggota kumpulan tonto berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mencadangkan agar kesemua agensi penguat kuasa di sempadan Kelantan-Thailand menubuhkan pasukan khas di kalangan mereka dalam tindakan membanteras aktiviti penyeludupan dan memerangi tonto.

Beliau berkata dengan cara sedemikian agensi penguat kuasa yang sentiasa berhadapan dengan tonto dapat menjalankan tugasan dengan lebih berkesan.

"Sebagai contoh JKDM Kelantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sepatutnya mempunyai pasukan khas yang dibantu oleh polis.

"Sekiranya operasi membanteras tonto dan penyeludup turut sama disertai polis, saya percaya ianya akan menjadi lebih berkesan dan kuat," katanya.

Beliau yakin kombinasi agensi penguat kuasa ini akan mendatangkan rasa takut kepada penyeludup atau tonto untuk menjalankan kegiatan mereka. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tonto

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan