PDRM Jejaki Lelaki Berjanggut, Bertongkat Bantu Siasatan

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 1:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bukit Aman sedang mengesan seorang lelaki berjanggut dan bertongkat seperti dalam gambar yang tersebar di laman media sosial di mana seorang penyokong Bersih didakwa telah diserang.

Gambar tersebut yang menjadi viral menunjukkan seorang lelaki berbaju merah menunjuk ke arah mangsa yang dipercayai antara peserta konvoi Bersih.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mahu menyoal siasat lelaki baju merah tersebut.

"Kami menyedari gambar itu tersebar di laman media sosial dan kami sedang menyiasat perkara ini," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Gambar itu turut menunjukkan lelaki berwajah sama menggunakan baju berwarna putih dengan logo Barisan Nasional (BN).

Namun tidak dapat dipastikan jika individu terbabit adalah orang yang sama.

Pada Sabtu lalu, sekumpulan penunjuk perasaan Baju Merah menerusi satu rakaman video yang menjadi viral, dilihat melontar telur kepada kedua-dua lelaki dengan salah seorang daripadanya ditendang dari arah belakang.

Polis akan memangil ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunus untuk merekodkan keterangan beliau selepas beberapa penunjuk perasaan didakwa menyerang dua lelaki memakai kemeja-T Bersih di Sabak Bernam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis sedang berusaha untuk menghubungi Jamal, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bagi mendapatkan keterangannya.

"Ya, sudah tentu kita akan memanggil beliau untuk mendapatkan keterangan berhubung insiden tersebut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menambah, bagaimanapun setakat ini tiada penahanan baharu dibuat kecuali tiga individu yang ditahan sebelum ini kerana merusuh dan dibebaskan kemudian.


Tags / Kata Kunci: PDRM , Bersih , Baju Merah , serangan , Sabak Bernam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan