Dua Suspek Kes Bunuh Pekerja Spa Diberkas

Diterbitkan: Selasa, 11 Oktober 2016 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menahan dua lelaki pada Isnin kerana disyaki terlibat dalam kes kematian seorang pekerja wanita di sebuah spa di Tanjung Aru, 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu M. Chandra berkata suspek pertama berumur lingkungan 28 tahun diberkas kira-kira pukul 2.30 petang di sekitar Kota Kinabalu, manakala suspek kedua berumur 25 tahun pula ditahan kira-kira 11.30 malam Isnin di Kota Marudu.

Menurut Chandra, kedua-dua suspek ditahan selepas polis mengklasifikasikan semula kes kematian wanita itu daripada mati mengejut kepada kes pembunuhan ekoran laporan bedah siasat yang dikenal pasti mempunyai kecederaan pada bahagian hidung dan mulut mangsa.

"Mengikut penelitian bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan tulang hidung (patah) serta sebatang gigi kelihatan tercabut di bahagian atas yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

"Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat dicekik dan dipercayai mempunyai unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Mayat mangsa, Norfazlina Abantas, 19, ditemukan mati dalam keadaan tersungkur di dalam sebuah bilik di spa berkenaan pada 9 Oktober kira-kira pukul 11.30 pagi dengan kecederaan yang dialami dipercayai akibat hentakan benda tumpul.

Chandra berkata motif pembunuhan itu disebabkan perasaan cemburu.

Kedua-dua suspek dipercayai positif dadah dan mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kes bunuh , pekerja spa , Tanjung Aru

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan