Tonto Langgar Mati Pegawai Kastam Lari Ke Thailand

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 4:46 PM

Noor Rashid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis mengenai pasti tonto yang didakwa melanggar mati seorang pegawai kanan Kastam, sambil menambah bahawa suspek mungkin telah melarikan diri ke Thailand.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 30an.

"Kita sedang memburu dia... dia dan beberapa pengikutnya telah melarikan diri.

"Kita tahu siapa mereka dan akan mendapatkan bantuan polis Thailand," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Noor Rashid berkata, polis juga menubuhkan satu pasukan petugas khas dan mengarahkan semua untuk membuat tangkapan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian pegawai Kastam terbabit.

Dalam insiden di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, pada pukul 1.20 pagi Jumaat lalu, sekumpulan suspek yang menaiki van merempuh belakang sebuah kereta yang membawa pegawai kanan Kastam, Anisah Ali dan dua lagi rakan setugas.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, pelanggaran tersebut mengakibatkan kereta Anisah terbabas dan merempuh sebuah pokok.

Tambahnya, suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok.

Anisah, 54, yang bergegas ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Beliau berada dalam keadaan koma, tetapi meninggal dunia pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan