Polis Akan Rekod Keterangan Jamal Yunos

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 5:02 PM

jamal yunos

Jamal Yunos.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis akan memangil ketua gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunus untuk merekodkan keterangan beliau selepas beberapa penunjuk perasaan didakwa menyerang dua lelaki memakai kemeja-T Bersih di Sabak Bernam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, polis sedang berusaha untuk menghubungi Jamal, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar bagi mendapatkan keterangannya.

"Ya, sudah tentu kita akan memanggil beliau untuk mendapatkan keterangan berhubung insiden tersebut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menambah, bagaimanapun setakat ini tiada penahanan baharu dibuat kecuali tiga individu yang ditahan sebelum ini kerana merusuh dan dibebaskan kemudian.

Sabtu lalu, sekumpulan penunjuk perasaan Baju Merah menerusi satu rakaman video yang menjadi viral, dilihat melontar telur kepada kedua-dua lelaki dengan salah seorang daripadanya ditendang dari arah belakang. 

Bagaimanapun, Jamal mempertahankan tindakan para pengikutnya.

"Saya berada di sana dan dua lelaki berkenaan melakukan provokasi terhadap pengikut saua dengan cuba untuk merempuh menggunakan motosikal.

"Sebab itulah orang-orang saya bertindak sedemikian dan saya mempertahankan tindakan mereka," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Jamal menambah, beliau percaya polis akan meneliti insiden berkenaan secara menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya juga mengarahkan orang-orang saya supaya memberi kerjasama dengan pihak polis," katanya.

Bersih 2.0 melaksanakan program jelajah di seluruh negara berhubung perhimpunan Bersih 5, bagaimanapun konvoi berkenaan cuba dihalang oleh kumpulan Baju Merah di beberapa lokasi.

Himpunan Bersih 5 dijangka diadakan pada 19 November depan.

Kumpulan Baju Merah merancang untuk mengadakan himpunan pada waktu yang sama bagi berdepan dengan bantahan itu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan