16 Orang Ditahan Terlibat Kumpulan Pengganas -KPN

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti awam dan seorang warga asing adalah antara 16 lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan kumpulan pengganas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 38 tahun ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah antara 21 September hingga 6 Oktober lepas.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada (lima) peniaga; (empat) juruteknik;(dua) penganggur; seorang guru kaunseling di sekolah kerajaan; seorang kakitangan bank; seorang pengurus eksekutif; seorang pencari barangan antik dan seorang pelajar," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Khalid berkata pelajar berusia 20 tahun yang menuntut di sebuah universitidi Johor, ditahan ketika pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, pada 22 Sept lepas.

Menurutnya suspek telah berlepas ke Istanbul, Turki pada 7 Sept lepas dan ditahan pihak berkuasa Turki pada hari keesokannya kerana merancang untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai kumpulan pengganas di negara itu.

"Tangkapan yang dibuat pihak berkuasa Turki itu adalah hasil maklumat Cawangan Khas Bukit Aman," katanya.

Menurut Khalid, seramai 14 lagi suspek warga tempatan yang ditangkap disyaki merupakan anggota pengganas Daesh daripada kumpulan yang diketuai Muhammad Wanndy Mohamed Jedy.

Kesemua mereka disyaki telah berbai’ah secara dalam talian kepada Muhammad Wanndy dan menyalurkan dana kepadanya, katanya.

Beliau juga menambah, dalam operasi itu polis turut menahan seorang lelaki warga asing berumur 32 tahun yang dipercayai berasal dari Utara Afrika kerana disyaki menganggotai Kumpulan Jahbat Al Nusra di Syria. 

"Lelaki itu ditangkap di Selangor pada 25 September lepas.

Hasil siasatan jugamendapati suspek telah beberapa kali menyusup masuk ke negara ini sejak Mei lepas.

Semasa di Malaysia, suspek disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen perjalanan bagi kegunaan Kumpulan Jahbat Al Nusra," katanya.

Sehubungan itu, Khalid berkata kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan dibawah Bab VIA – kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747). -Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan