SWAT Berjaya Bunuh Buaya Sepanjang 4.39m Di Sungai Samarahan

Diterbitkan: Ahad, 9 Oktober 2016 4:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seekor buaya dewasa berukuran 4.39m panjang berjaya dibunuh di Sungai Samarahan, Kota Samarahan, kira-kira 30km dari sini, Sabtu.

Perbadanan Kehutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan berkata buaya itu dibunuh dalam operasi oleh pasukan 'Swift Wildlife Action Team' (SWAT) di bawah SFC berikutan serangan ke atas Ismandi Osman yang dilaporkan hilang pada pertengahan September. 

SFC berkata operasi itu membabitkan kawasan perairan antara Kampung Pinang hingga ke hulu Kampung Endap, dengan tumpuan di kawasan sekitar lapan kilometer dari tempat mangsa diserang. 

"SWAT memasang 13 pancing dan seekor buaya jantan sepanjang 4.39m, seberat kira-kira 600 kg memakan umpan pada salah satu pancing," kata kenyataan itu. 

"Berikutan itu, buaya tersebut telah dilapah dan kandungan perutnya diperiksa.

"Beberapa tulang dan rambut ditemui. Kerja-kerja forensik akan dijalankan bagi menentukan sama ada tulang dan rambut berkenaan milik manusia," kata kenyataan itu. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: buaya , Sungai Samarahan , SWAT

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan