256 Samseng Jalanan Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 8 Oktober 2016 1:18 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN:Seramai 256 'mat rempit' ditahan polis dalam operasi membanteras samseng jalanan di Sungai Nibong di sini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata operasi yang bermula dari pukul 12 tengah malam dan berakhir 5 pagi itu berjaya menahan mereka termasuk enam yang cuba melarikan diri dengan menyeberangi pembahagi jalan dan menunggang melawan arus. 

"Polis mengagalkan percubaan mereka untuk meloloskan diri, namun dalam proses menahan dua daripada mereka telah berlaku kemalangan apabila mereka bertembung sesama sendiri," katanya di sini, Sabtu.

Dalam operasi itu sebanyak 101 kesalahan telah dikesan dilakukan mereka yang ditahan antaranya gagal mengemukakan lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, kita turut mengeluarkan sebanyak 81 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 12 motosikal yang telah diubah suai," katanya.

Seramai 43 anggota polis terlibat dalam operasi tersebut yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Jalan Bukit Gambir, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Sungai Dua, Pekaka, Lip Sin, Jalan Masjid Negeri, Bulatan Gelugor, Padang Kota Lama dan kawasan pusat bandar.-- Bernama


 

Tags / Kata Kunci: Sungai Nibong , samseng

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan