Warga Emas Maut Dirempuh SUV

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang warga emas maut dihempap sebahagian dinding rumahnya di Kampung Permatang Pasir di sini yang runtuh selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Suzuki Vitara.

Ketika kejadian, Mat Rasid Mat Sharif, 67, dikatakan sedang berbaring di atas sofa di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemandu gagal mengawal kenderaannya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain lalu merempuh rumah mangsa.

"Kedua-dua pemandu mengalami kecederaan ringan dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 10.45 malam Rabu," katanya.

Kes disiasat kerana memandu dengan cuai.

Tags / Kata Kunci: warga emas , maut , kemalangan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan