Wang Tunai RM35,000 Milik KWAPM Dilarikan Di Julau

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Wang tunai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah lebih RM35,000 yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di sini lesap dalam kejadian pecah kereta pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Mat Jusoh Muhammad berkata wang tersebut dikeluarkan oleh seorang guru berusia 50-an dari sebuah sekolah menengah dalam daerah Julau dekat sini.

Beliau berkata semasa kejadian guru tersebut pergi ke sebuah kedai komputer untuk membaiki pencetak komputer.

Dia hanya menyedari kejadian itu apabila kembali semula ke kereta dan mendapati cermin pintu penumpang hadapan keretanya yang diletak di depan sebuah farmasi di Jalan Masjid di sini telah dipecahkan orang tidak dikenali.

Katanya guru tersebut terus memeriksa wang yang diletakkan di dalam beg sandangnya dan mendapati wang tunai berjumlah RM35,280, buku akaun bank dan buku akaun Amanah Simpanan Bumiputera yang diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan telah hilang.

Guru itu membuat laporan polis pada jam 5.10 petang. Pengadu mengesyaki suspek telah mengekorinya dari bank lagi.

Mat Jusoh berkata polis telah melawat tempat kejadian, dan berdasarkan siasatan, terdapat kamera litar tertutup di tempat kejadian tetapi tidak berfungsi.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal kelihatan menghampiri kereta itu dan seorang daripada mereka telah memecah cermin kereta tersebut lalu mengambil beg sandang sebelum melarikan diri.

Beliau berkata usaha mengesan suspek masih dijalankan dan kes siasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling semasa mengeluarkan wang dari bank bagi mengelak daripada dirompak.

Tags / Kata Kunci: KWAPM , Polis

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan