Kes Rasuah Sabah: Nilai Kereta Rampasan Lebih RM2.7 Juta

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2016 11:03 PM

Beberapa buah kenderaan mewah yang disita SPRM susulan penahanan empat lelaki, termasuk pegawai berjawatan pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan di sini, berhubung kes penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek jabatan. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Lapan kereta mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki ada kaitan dengan penyelewengan kuasa dalam projek infrastruktur di Sabah, dianggarkan bernilai RM2,737,000. 

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata daripada lapan kereta tersebut, nilai tertinggi ialah RM650,000 manakala yang terendah pula sebanyak RM137,563.

Menurut sumber itu, SPRM sudah mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dalam projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

"Kesemua individu itu merupakan kakitangan sebuah agensi kerajaan di sini dan kontraktor," tambah sumber itu sambil menambah mereka memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.

Bagaimanapun, sumber berkenaan menyebut anggota keluarga pengarah dan timbalan pengarah jabatan kerajaan yang menjadi suspek dalam siasatan kes berkenaan, belum dipanggil kerana pasukan penyiasatan masih meneliti dokumen-dokumen berkaitan. 

"SPRM juga sedang menyiasat sama ada terdapat penglibatan orang kenamaan dalam kes ini," kata sumber berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata SPRM juga masih membuat anggaran nilai 127 geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah agensi kerajaan itu yang semuanya atas namanya dan anggota keluarganya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan