Tentera Hilang: Mayat Ditemui Sah Koperal Faizol

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui berdekatan Pulau Perak pagi Khamis disahkan Koperal Mohd Faizol Rosli, salah seorang anggota tentera yang terjatuh ke laut semasa menjalankan operasi dekat perairan Langkawi hujung minggu lalu.

Seorang lagi anggota yang masih hilang sejak Isnin itu adalah Koperal Johbartlee Kanil, 32, dari Kota Marudu, Sabah.

Terdahulu, penemuan mayat tersebut disahkan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat kepada Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM)  di KD Sri Gombak di sini, Khamis.

Kata Ahmad Kamarulzaman, mayat mangsa ditemui kira-kira 30 kilometer dari Pulau Perak.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, Johbartlee dan Mohd Faizol didapati hilang selepas terjatuh ke laut ketika sedang mengambil air.

Kedua-dua mereka dari Batalion ke-4 Rejimen Renjer Diraja (4RRD) berpangkalan di Kem Oran, Perlis masing-masing ditugaskan di Pulau Perak sejak sebulan lalu.


iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan