Pengusaha Pusat Jagaan Orang Tua Pukul Penghuni Direman

Diterbitkan: Khamis, 6 Oktober 2016 7:19 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pengusaha pusat jagaan orang tua di Klebang di sini ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes rakaman video mengenai kekasaran terhadap penghuni pusat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata lelaki berusaha lingkungan 50-an itu ditahan di pusat jagaan berkenaan kira-kira 12.30 tengah malam Rabu.

Beliau berkata lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

"Siasatan akan melibatkan pelbagai aspek termasuk punca perbuatan atau kekasaran berkenaan dilakukan seperti yang tersebar dalam video yang diviralkan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Dalam video berdurasi 11 saat yang tersebar di laman sosial Facebook semalam, mangsa yang merupakan wanita warga emas berusia lingkungan 70-an itu dilihat dikasari pengusaha pusat jagaan tersebut dan perbuatan itu mendapat respon negatif daripada netizen yang menonton video berkenaan.

Semalam Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Melaka Datuk Latipah Omar dilaporkan berkata pusat jagaan persendirian itu diarah tutup kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Latipah juga dilaporkan berkata siasatan awal juga mendapati pusat jagaan itu juga dinasihatkan untuk mendaftar sejak tahun lepas namun gagal berbuat demikian.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron juga dilaporkan semalam berkata siasatan dan tindakan perlu dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap kes itu jika ia berlaku.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan