Penemuan Bom Asap: Siasatan Menjurus Kepada Polis, Tentera

Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 5:30 PM

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif menunjukkan gambar penemuan dua biji bom asap berwarna hijau bertulis 'Grenade Hand Coloured Smoke Blue MK IV Lot 15 SME 6- 09 CCC' yang dibungkus dalam plastik putih di kawasan pembuangan sampah di luar pagar Blok H Program Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas pada Sidang Media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Wangsa Maju, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung penemuan dua butir bom asap di tempat pembuangan sampah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak di sini semalam, menjurus kepada pasukan polis dan tentera.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ini kerana, bahan letupan itu hanya dibekalkan kepada dua agensi keselamatan itu untuk kegunaan ketenteraman awam dan pertunjukan seperti demonstrasi Hari Kebangsaan.

"Ada nombor siri pada bom berkenaan dan pengilang terlibat boleh mengesan kepada siapa bom itu diedarkan. Kita akan menghubungi pihak kilang di Batu Arang.

"Mungkin hari ini atau esok kita akan dapat tahu kepada siapa bahan itu dibekalkan," pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, Rabu.

Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan bahawa penemuan bom itu mempunyai  sebarang unsur keganasan termasuk Perhimpunan Bersih.

Mohamad Roy berkata Unit Pemusnah Bom Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mendapati bom berkenaan masih aktif tetapi tiada tarikh luput tertera pada bom itu.

"Bom itu dihantar ke Unit Forensik PDRM untuk pemeriksaan," katanya sambil menjelaskan bom itu tidak mungkin mempunyai kaitan dengan orang awam kerana kilang berkenaan hanya boleh membekalkan bom berkenaan kepada polis atau tentera.

Beliau berkata pada kebiasannya, bahan letupan akan disimpan dalam stor senjata dan ia perlu direkod sebelum dikeluarkan daripada stor.

"Dalam kes ini, kita akan tahu bom itu asal dari mana selepas dimaklumkan kilang berkenaan. Kita akan tengok rekod, siapa yang membawanya keluar dan untuk tujuan apa ia dikeluarkan sama ada untuk kegunaan atau pelupusan," katanya.

Ditanya bagaimana Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) boleh menemui bom itu di PPR Air Panas, Mohamad Roy memberitahu FRU diminta membantu melaksanakanOps Cegah Jenayah di kawasan itu bermula semalam berikutan kadar jenayah di situ agak membimbangkan.

Katanya, anggota FRU yang melakukan operasi di Blok H, PPR itu menemui dua butir bom asap di dalam bungkusan berwarna putih sebelum memaklumkan kepada Unit Pemusnah Bom.

Mohamad Roy berkata pasukan FRU akan bertugas di kawasan itu sehingga indeks jenayah dapat dikurangkan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata bom asap itu ditemui di PPR itu kira-kira 3.30 petang.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: bom asap , PPR Air Panas , FRU

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan