Dua Anggota Tentera Hilang Terjatuh Dalam Laut Dekat Langkawi - Berita Jenayah | mStar

Dua Anggota Tentera Hilang Terjatuh Dalam Laut Dekat Langkawi

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua anggota tentera darat dari Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja yang sedang menjalankan tugas di Pulau Perak berhampiran Langkawi hilang selepas terjatuh ke dalam laut pada Isnin.

Markas Tentera Darat dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada pukul 4.40 petang melibatkan Koperal Johbartlee Kanil dan Koperal Mohd Faizol Rosli yang berpangkalan di Oran, Perlis.

"Sehingga kini kedua-duanya masih belum ditemui. Keluarga mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian itu," kata kenyataan tersebut.

Dimaklumkan juga, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat menggunakan tiga buah kapal iaitu KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Ledang, KD Selangor serta sebuah pesawat Super Lynx.

Operasi turut dibantu sebuah pesawat Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari 3 Skuadron Butterworth.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan