SPRM Tahan Dua Pegawai Kanan Kerajaan Kumpul Harta RM50 Juta

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian projek jabatan awam hingga mampu mengumpul kekayaan melebihi RM50 juta.

Mereka yang berusia 51 dan 54 tahun ditahan di pejabat masing-masing kira-kira 9.15 pagi tadi kerana disyaki memonopoli dan memberikan projek-projek yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak saudara mereka.

Kedua-dua pegawai kanan berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaan itu, yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010, telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Sumber memberitahu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM3 juta yang disimpan di dalam peti besi di pejabat seorang daripada pegawai kanan itu. 

Jumlah harta kekayaan yang dikumpul mencecah RM50 juta itu hasil penyalahgunaan kuasa yang dipercayai bermula sejak 2010.

Sumber itu berkata peruntukan RM3.3 bilion itu hanya merupakan peruntukan yang disalurkan kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk peruntukan kerajaan negeri. 

SPRM juga membuat beberapa siri serbuan di beberapa tempat termasuk agensi terbabit dan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat," katanya.

Sumber itu berkata perbuatan kedua-dua pegawai kanan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi menutup periuk nasi berpuluh kontraktor lain yang langsung tidak diberikan peluang memasuki tender agensi terbabit.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan berkenaan namun, enggan mengulas lanjut. 

Tags / Kata Kunci: SPRM , Sabah

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan