Mayat Pelajar Maahad Timbul Sebaik Tengku Mahkota Pahang Sertai SAR

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 3:00 PM

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menenangkan bapa mangsa lemas Azman Awang, 45, (kanan) selepas anaknya Alif Lokman Hakim Azman, 13, dijumpai kira-kira 11.15 pagi tadi ketika bersama-sama menaiki bot mencari mangsa di Sungai Kuantan, Selasa. Mangsa lemas selepas tergelincir ketika membasuh baju di sungai berkenaan yang berdekatan rumahnya di Sungai Isap.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mayat seorang pelajar Maahad, Alif Lukman Hakim Azman, 13, yang dilaporkan lemas Ahad lalu di Sungai Kuantan berhampiran kawasan perumahan Sungai Isap, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari tempat kejadian pagi Selasa.

Mayat mangsa didapati timbul di permukaan sungai kira-kira 11.05 pagi, kira-kira lima minit selepas Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut turun ke sungai dengan menaiki bot untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Sebelum itu beliau yang tiba di tempat kejadian 10.45 pagi diberikan taklimat tentang operasi mencari dan menyelamat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh.

Beberapa minit selepas beliau menaiki bot, mayat pelajar berkenaan tiba-tiba timbul tidak jauh dari tebing sungai menyebabkan wartawan, orang ramai dan anggota penyelamat yang berada di tebing sungai menjadi terkejut.

Seorang anggota bomba dan penyelamat yang berada di dalam bot kemudian terjun ke dalam sungai dan membawa mayat berkenaan ke tebing sungai dengan dibantu oleh anggota penyelamat yang lain.

Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Abdul Aziz berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati disebabkan lemas. 

Alif Lokman Hakim dilaporkan hilang di dalam sungai dipercayai akibat  tergelincir ketika hendak membasuh bajunya yang kotor, setelah dia memancing bersama rakan-rakannya kira-kira 5.30 petang.

Seramai 121 pegawai dan anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Pasukan Penyelamat Dalam Air, Angkatan Pertahanan Awam, pasukan skuba dan orang awam terlibat dalam operasi SAR.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: SAR , Tengku Mahkota Pahang , Sungai Kuantan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan