Penagih Dadah Bunuh Ibu Kandung

Diterbitkan: Selasa, 4 Oktober 2016 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah mengamuk dan membunuh ibu kandungnya dalam kejadian di kediaman mereka di Kondominium Jade, Bukit Indah, Ampang di sini, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata dalam kejadian  kira-kira 3.15 pagi itu, suspek, 23, telah membunuh ibunya yang berusia 49 tahun.

Hamzah berkata selepas suspek membunuh ibunya, dia pergi ke Balai Polis Komuniti Bukit Indah, terletak kira-kira satu kilometer dari kondominium itu, sambil memegang parang yang digunakan untuk menetak ibunya.

"Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah, tiba di balai berkenaan dipercayai untuk menyerah diri namun dia yang berada dalam keadaan tidak terkawal telah bergelut dengan anggota polis.

"Namun polis berjaya mengawal suspek dan pada masa itu polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden bunuh berkenaan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Hamzah berkata hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek yang merupakan seorang penganggur mendapati suspek positif ganja.

Tags / Kata Kunci: Ampang , Bunuh

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan