Tiga Lelaki Lemas Di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak - Berita Jenayah | mStar

Tiga Lelaki Lemas Di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2016 2:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki dalam berusia lingkungan 20-an ditemui lemas di Air Terjun Lubuk Jepun, Batu 16 Gombak, di sini, Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.41 pagi dan tiba di lokasi pukul 11.36 pagi.

"Ketiga-tiga mayat itu dibawa naik oleh orang awam. Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat," katanya.

 
Tags / Kata Kunci: Lubuk Jepun , Hospital Selayang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan