Unit Berkuda PDRM Ditempatkan Di Pantai PD

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 2:28 PM

Skuad Unit Berkuda PDRM melakukan demonstrasi ketika menjalani raptai hari pertama acara perbarian dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2016 di Dataran Merdeka pada 27 Ogos lalu. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di pantai Port Dickson bagi memantau keselamatan di persisiran pantai itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata inisiatif itu yang merupakan saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan dilaksanakan selewat-lewatnya pertengahan Oktober ini dan kini masih dalam peringkat perbincangan akhir.

"Unit Berkuda ini akan melakukan rondaan meliputi lapan kilometer iaitu di Pantai Batu Empat sehingga Pantai Teluk Kemang," katanya pada majlis Go Green anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban 3 di sini Ahad.

Jaafar berkata pada peringkat awal, sebanyak lapan Unit Berkuda PDRM akan melakukan rondaan pada hari Sabtu dan Ahad dengan kekerapan dua kali sebulan.

"Ini juga merupakan inisiatif serampang dua mata yang mana ia boleh jadi sebagai daya penarik dan memperkenalkan Unit Berkuda kepada masyarakat Port Dickson.

"Selain itu, ia juga untuk mencegah jenayah serta tangani insiden yang sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kecederaan kepada pengunjung termasuk operator yang menguasahakan sukan air," katanya.

Beliau turut berharap dengan rondaan yang dijalankan Unit Berkuda PDRM kelak, akan dapat mengurangkan sebarang kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku, melibatkan pengunjung dan pengusaha sukan air di Pantai Port Dickson.

Mengenai program Go Green, ia merupakan program yang buat julung kalinya diadakan anjuran UiTM cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban Tiga, dengan kerjasama PDRM dan TSR Ocean Park.

Menurut Penolong Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban Tiga, Prof Madya Mohammad Nor Othman, pada program itu, seramai 120 pelajar UiTM dan 80 anggota PDRM terlibat dalam aktiviti menanam 200 pokok ru di sepanjang pantai berhampiran PD Waterfront.

"Semalam para pelajar ini telah menyediakan tempat dan lubang, jadi pagi ini kita tanam pokok ru yang disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan," katanya.

Katanya melalui aktiviti seperti itu, ia sekaligus dapat mendidik pelajar untuk menghargai alam sekitar. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: unit berkuda , PDRM , Port Dickson

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan