Polis Jejaki Pemandu Kereta Terlibat Kemalangan Maut - Berita Jenayah | mStar

Polis Jejaki Pemandu Kereta Terlibat Kemalangan Maut

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dua orang maut di Lebuhraya Lim Chong Eu awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata siasatan awal polis mendapati kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan ke Bayan Lepas apabila bertembung dengan dua motosikal.

"Kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kami sedang mencari pemandu kereta terbabit," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Faris Md Nasir, 19, dari Bayan Lepas dan  Yusman Arief Jamaluddin, 21, dari Taman Sri Gedung Sg Petani, Kedah yang bekerja sebagai posmen.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: PDRM , kemalangan maut
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan