39 Pelacur Antara Ditahan Dalam Op Noda

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2016 4:34 PM

Gambar fail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 39 wanita dipercayai pelacur antara 158 individu ditahan dalam Op Noda Khas yang dijalankan selama lima jam di sekitar ibu negara semalam sehingga awal pagi Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata operasi  dijalankan Bahagian Perjudian/Maksiat dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu turut menahan 95 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO), pekerja premis (16), pekerja asing (5), tukang urut (2) dan seorang pondan.

Beliau berkata 24 serbuan telah dilakukan dan seramai 409 individu diperiksa dalam operasi yang bermula 11 malam tadi sehingga 4 pagi Ahad.

"Sasaran operasi melibatkan pusat pelacuran, rumah urut, pusat hiburan dan tempat-tempat yang dijadikan sarang maksiat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua ditahan terdiri daripada 19 rakyat tempatan, 89 warga Vietnam, Thailand (29), Bangladesh (7), Kemboja (6), China (5), Uzbekistan (2) dan Filipina (1).

Amar Singh berkata 24 kertas siasatan telah dibuka dan siasatan dijalankan antaranya mengikut Seksyen 4(1)(b)Akta Hiburan Wilayah Persekutuan (AHWP), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen, Peraturan 11 (7) Imigresen dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan oleh polis Kuala Lumpur dalam membendung gejala maksiat dan pelacuran serta memastikan bandar raya ini dalam keadaan aman dan tenteram, katanya.

Tags / Kata Kunci: Op Noda , Pelacur

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan