Kematian Muktadil Bersaudara Cetus Kumpulan Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2016 1:10 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembunuhan saki baki anggota Muktadil Bersaudara yang terbabit dengan kes culik untuk wang tebusan, boleh mencetuskan kemungkinan kemunculan kumpulan baharu yang dikaitkan dengan militan untuk mengambil alih kegiatan jenayah itu.

Pakar jenayah Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P. Sundramoorthy tidak menolak kemungkinan kegiatan perniagaan Muktadil Bersaudara yang dikaitkan dengan militan Abu Sayyaf akan diteruskan kumpulan lain.

"Tidak ada keraguan. Kita mungkin akan melihat kumpulan baharu atau sekutu daripada kumpulan sedia ada muncul sebagai ancaman baharu bagi meneruskan kegiatan tersebut.

"Sekurang-kurangnya satu kumpulan jenayah dapat dihapuskan. Ia adalah kelegaan sementara untuk pihak berkuasa tapi saya percaya kumpulan itu (Muktadil Bersaudara) mempunyai sekutu untuk mengambil alih kegiatan jenayah mereka.

"Dunia jenayah menjanjikan keuntungan dan kini ia menjadi trend di kawasan tersebut," katanya kepada Bernama ketika ditanya pendapatnya apa yang berlaku kepada kumpulan Abu Sayyaf selepas kematian enam bersaudara itu.

Katanya ia adalah situasi yang agak unik bagi satu kumpulan jenayah berikutan Muktadil Bersaudara sememangnya aktif dengan kumpulan militan itu.

"Muktadil Bersaudara juga mungkin mendapat perlindungan daripada Abu Sayyaf di kawasan sempadan antara Sabah dan Filipina, terutama memaklumkan mengenai pergerakan pihak berkuasa ketika melakukan penculikan atau memungut wang tebusan, selain berkongsi hasil itu sesama mereka," katanya.

Ditanya sama ada kematian Muktadil Bersaudara akan mempercepatkan pembebasan lima anak kapal Malaysia yang diculik pada 18 Julai lepas oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di perairan Lahad Datu, Sundramoorthy berkata terdapat beberapa kemungkinan.

"Pertama, bagi mengelakkan daripada ditangkap, mangsa culik mungkin dilepaskan kumpulan militan. Kedua, mereka mungkin meninggalkan jejak untuk pihak berkuasa menjumpai semula mangsa culik," katanya.

Sebelum ini, Kedutaan Filipina dalam satu kenyataan berkata Pasukan Petugas Bersama tentera Sulu berjaya membunuh adik beradik, Nixon dan Brown Muktadil pada 27 Sept di Pulau Tambulian apabila kedua-dua lelaki bersenjata itu melawan ketika mahu ditangkap.

Nixon, yang juga ketua kumpulan itu, Brown dan yang lain-lain terlibat dalam beberapa siri penculikan untuk wang tebusan yang membabitkan 26 mangsa warga Filipina, Malaysia dan Indonesia, katanya.

"Seorang lagi saudara mereka, Mindas, dibunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa di Jolo, Sulu, pada Mei tahun lepas. Seorang lagi saudara mereka, Khadafy Muktadil ditahan pada November lepas, juga di Jolo dan kini ditahan dipenjara," tambah kenyataan itu.

Dalam satu laporan pada Sabtu, Badong Muktadil, saudara terakhir daripada enam beradik itu, ditemukan mati dalam sebuah bot berhampiran Pulau Siasi selepas melarikan diri daripada operasi tentera Filipina pada 27 September lepas.

Kumpulan adik beradik itu dilaporkan bekerjasama dengan pemimpin utama Abu Sayyaf seperti Alhabsi Misaya dan Indang Susukan yang kini juga sedang melarikan dirii.

Tags / Kata Kunci: Muktadil Bersaudara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan